Altica sumbang 1,000 unit kit ujian antibodi kepada HCTM

0
20
Kit ujian Covid-19, Neutralizing Antibody bagi mengesan kehadiran antibodi peneutralan  (vaksin) dalam tubuh penerima vaksin Covid-19.

KUALA LUMPUR – Syarikat pembekal perubatan, Altica Sdn. Bhd. menyumbang 1,000 kit pengesanan antibodi untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).

Pengarahnya, Dr. Asnawi Ahmad berkata, melalui penggunaan kit itu, kadar antibodi peneutralan selepas seseorang mendapat dos lengkap vaksin Covid-19 dapat dipantau secara terperinci.

“Sumbangan ini dapat membantu petugas barisan hadapan HCTM memastikan mereka sentiasa mempunyai sistem imun yang optimum ketika menjalankan tugas sekaligus mengurangkan risiko kepada jangkitan.

“Kit ujian Covid-19 Neutralizing Antibody ini merupakan antara kit yang pertama seumpamanya di negara ini dan telah melalui ujian penilaian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada bulan Mei 2021 yang lalu,” katanya selepas majlis penyerahan di Lobi Blok Pendidikan, HCTM baru-baru ini.

Dr Asnawi Ahmad

Sumbangan kit ujian vaksin yang bernilai lebih kurang RM40,000 itu diserahkan kepada Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid oleh Pengerusi Altica Sdn Bhd, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin.

Hadir sama, Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin.

Dr. Asnawi Ahmad menambah, melalui ujian penilaian dilakukan oleh IMR, keputusan analisis terhadap Coretest mencapai tahap sensitiviti dan ketepatan sebanyak 100 peratus.

“Maknanya alat ini sangat sensitif dan spesifik secara kualitatif untuk mengetahui kehadiran antiobidi penutralan seseorang yang pernah dijangkiti virus Covid-19 atau telah mendapat kadar antibodi peneutralan yang cukup setelah pemberian vaksin lengkap.

“Cara penggunaanya juga mudah dengan hanya dua hingga tiga titis darah yang dititiskan di ruang sampel. Setelah itu cairan buffer sebanyak dua titis dimasukkan ke dalam ruang sampel yang sama supaya darah bergerak ke arah baris T untuk mendapatkan keputusannya dalam tempoh masa lebih kurang 10 ke 15 minit,” ujarnya.

Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin (Kanan) bergambar bersama-sama  Pengerusi Altica Sdn Bhd, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM ,Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid  dan Pengarah Altica Sdn Bhd, Dr. Asnawi Ahmad.
Dr. Razman Jarmin

Sementara itu, Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan sumbangan tersebut untuk menilai keberkesanan antibodi penuetralan di dalam tubuh selepas menerima dos lengkap vaksin.

“Di zaman Covid-19 ini memang semua orang berisiko mendapat jangkitan dan melalui pemberian vaksin ia membantu kita mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan berbanding dengan mereka yang tidak menerimanya.

“Melalui ujian kit seperti Coretests, walaupun bukan satu kemestian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi saya berpendapat ia salah satu ujian yang bagus digunakan sebagai ujian kendiri di mana rakyat boleh melakukan sendiri untuk mengesan keberkesanan vaksinasi.

“Sungguh pun ujian ini bersifat kualitatif berbanding dengan ujian kuantitatif yang dijalankan di makmal tetapi sekuarang-kurangnya kita tahu apabila mempunyai antibodi yang positif ia membantu melindungi diri daripada jangkitan covid.

“HTCM akan menggunakan kit ini sebaiknya dan mungkin kami akan setarakan dengan ujian-ujian klinikal yang berkaitan dengan penyiasatan antibodi terhadap covid,” katanya.

Coretests Neutralizing Antibody Test Kit boleh didapati di kebanyakan farmasi, kilinik dan hospital dengan harga jualan antara RM39 -RM 49 seunit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here