Ambulans bertembung dengan lori, seorang petugas kesihatan maut

0
192
Keadaan ambulans yang remuk teruk akibat pelanggaran tersebut

SIMPANG RENGGAM – Seorang pembantu perubatan Klinik Kesihatan Simpang Renggam maut dalam nahas jalan raya melibatkan kenderaan ambulans dan lori sebentar tadi berhampiran Parit Jepun di sini.

Mangsa yang dikenali sebagi Aidil meninggalkan seorang balu dan anak berusia setahun.

Menurut perkongsian dalam laman Facebook Penolong Pegawai Perubatan (PPP), mangsa ketika itu sedang bertugas atas panggilan.

“Salam takziah diucapkan kepada Keluarga Allahyarham PPP Aidil yang bertugas di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

“Beliau terkorban dalam nahas jalanraya melibatkan kenderaan ambulans dan lori sewaktu sedang bertugas atas panggilan sebentar tadi.

Anggota bomba melakukan kerja menyelamat mangsa

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat insan yang sedang memberi khidmat bakti kepada rakyat dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malek turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here