Angkasawan ISS lapor terhidu bau asap

0
92
Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)

MOSCOW – Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos melaporkan, sistem penggera di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) mengesan kehadiran asap dalam salah satu modul di stesen itu, hari ini.

Laporan media tempatan menyebut, angkasawan yang berada di modul tersebut turut melaporkan terhidu bau seperti plastik terbakar, kata Reuters.

Kata Roscosmos, penggera yang diaktifkan itu terletak di modul Zvezda yang berfungsi sebagai tempat tinggal para angkasawan, dan berlaku ketika bateri stesen sedang dicas.

Menurut agensi RIA, berdasarkan komunikasi di antara ISS dengan Pihak Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), angkasawan Rusia, Oleg Novitsky melaporkan terlihat dan terhidu bau asap.

Dalam satu lagi komunikasi yang melibatkan angkasawan Perancis, Thomas Pesquet, dia melaporkan terhidu bau seperti plastik terbakar merebak dari seksyen Rusia ke seksyen Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, kata agensi RIA lagi, kesemua sistem berfungsi dengan baik dan tiada sebarang kerosakan dilaporkan setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here