Angkatan Udara PLA pamer dron terbesar miliknya

0
380
Pesawat peperangan elektronik terbaharu China, J-16D.

BEIJING – Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) buat pertama kalinya akan mendedahkan dron peninjau altitud tingginya, WZ-7 kepada umum pada Pameran Udara dan Aeroangkasa China 2021, bermula esok hingga 3 Oktober nanti.

Menurut portal Global Times, WZ-7 merupakan dron terbesar milik Angkatan Udara PLA dan mampu melaksanakan operasi berdurasi panjang seperti peninjauan sempadan dan rondaan maritim.

Dron WZ-7

Sementara itu, jurucakap Angkatan Udara PLA, Kolonel Kanan Shen Jinke berkata, pihaknya turut mempamerkan pesawat halimunan J-20 Chengdu, pesawat pengebom H-6K, dan pesawat peperangan elektronik J-16D dalam pameran yang diadakan di bandar Zhuhai itu.

“Pesawat J-20 Chengdu akan turut melakukan penerbangan demonstrasi kali ini,” kata Shen.

Pesawat halimunan pertama China, J-20 Chengdu

Sementara itu, Reuters melaporkan, pihak industri pertahanan China akan turut melancarkan siri pesawat tanpa pemandu baharu yang diberi nama Feihong, dan pesawat amfibia terbesar di dunia, AG600.

Pameran yang tertangguh selama setahun itu berjaya menarik penyertaan sebanyak 700 syarikat pertahanan daripada 40 buah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here