Antibodi llama berpotensi rawat Covid-19

0
80
Llama peliharaan bernama Fifi yang menjadi kajian Institut Rosalind Franklin.

LONDON – Haiwan llama berpotensi menjadi sumber rawatan Covid-19 pada masa akan datang.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, llama menghasilkan sejenis antibodi unik yang dipanggil nanobodi yang mampu mensasarkan koronavirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.

Llama merupakan sejenis haiwan daripada keluarga camelidae, sama seperti unta dan alpaca.

Kajian itu yang dijalankan oleh Institut Rosalind Franklin berjaya mengenalpasti rantaian pendek molekul yang mampu mengurangkan kesan Covid-19 apabila diberikan pada haiwan yang dijangkiti.

“Nanobodi mempunyai beberapa kelebihan berbanding antibodi manusia,” kata ketua kumpulan kajian itu, Prof. Ray Owens.

Owens juga merupakan Ketua Unit Penghasilan Protein di institut tersebut.

“(Penghasilannya) Adalah lebih murah dan boleh diberikan menerusi semburan menggunakan nebuliser atau alat semburan hidung. Jadi ia mudah digunakan,” kata Owens.

Kajian tersbeut dilaksanakan menggunakan seekor llama yang diberi nama Fifi yang disuntik dengan koronavirus SARS-CoV-2.

Haiwan itu bagaimanapun tidak jatuh sakit, kerana sistem imunitinya yang mengandungi nanobodi berjaya melawan koronavirus itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here