Arab Saudi berjaya pintas peluru berpandu dan dron bersenjata puak Houthi

0
68
Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Brigadier Jeneral Turki al-Malki.

RIYADH – Pihak pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas tiga buah peluru berpandu balistik dan tiga buah dron bersenjatakan bahan letupan yang dilancarkan oleh puak pemisah Houthi dari Yemen, malam tadi (waktu tempatan).

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral Turki al-Malki, serangan itu disasarkan ke arah wilayah Jazan dan Najran.

“Namun, kita berjaya memintas dan memusnahkan kesemua peluru berpandu dan dron yang dilancarkan itu,” kata Jeneral Turki dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, salah satu daripada peluru berpandu yang berjaya dipintas itu bagaimanapun terjatuh di kawsan kediaman penduduk di Dahyat al-Dammam, menyebabkan dua wanita dan seorang kanak-kanak tercedera.

“Kami turut laporan bahawa sebanyak 14 buah kediaman penduduk rosak setelah ditimpa serpihan peluru berpandu itu,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here