Azalina dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri

0
289
Datuk Seri Azalina Othman Said menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri hari ini

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran dalam akaun Facebook P157 Parlimen Pengerang sebentar tadi.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri kerana telah memberi kepercayaan kepada wakil rakyat kami dan sentiasa memberi perhatian khusus kepada Parlimen Pengerang,” katanya.

Azalina yang sebelum ini merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika Perikatan Nasional memerintah negara bertindak melepaskan jawatan tersebut sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskam jawatan sebagai Perdana Menteri pada bulan lalu.

Nama beliau kemudian disebut-sebut bakal membarisi barisan Kabinet baharu namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here