Bakal pengantin jangan terpengaruh beli tarikh temu janji-JAIS

0
46
Gambar Hiasan

CYBERJAYA- Bakal pengantin diminta tidak terpedaya dengan pihak ketiga untuk mendapatkan tarikh temu janji bagi urusan perkahwinan.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya berkata, tarikh temu janji itu boleh didapati secara percuma di laman sesawangnya.

“JAIS tidak pernah melantik pihak ketiga bagi tujuan berkenaan dan permohonan boleh dibuat melalui www.jais.gov.my,” kata agensi itu.

Malah, JAIS turut menggesa pihak yang mempunyai maklumat atau mengetahui terdapat individu yang mengambil kesempatan menjual slot janji temu diminta segera membuat laporan.

Sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi 03-5514340/3600 atau emel buuk@jais.gov.my.

Sebelum ini, JAIS memaklumkan bermula 1 Julai lalu, pihaknya membenarkan majlis akad nikah di negeri Selangor selepas dilarang berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Bagaimanapun, JAIS memaklumkan bahawa kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here