Baru Bian positif Covid-19, tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat

0
44
Baru Bian

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian disahkan positif Covid-19 dan tidak akan menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula esok kerana perlu menjalani kuarantin.

Bian berkata, beliau disahkan positif pada Jumaat lalu selepas menjalani saringan RT-PCR mandatori tiga hari sebelum persidangan, malah mengalami gejala seperti selesema dan demam ringan.

“Saya dijadualkan terbang ke KL dari Kuching hari ini untuk menghadiri persidangan parlimen yang bermula esok. Walau bagaimanapun saya diuji positif untuk Covid-19 pada Jumaat 10 Septermber 2021.

“Saya diminta menjalani kuarantin sehingga 21 September 2021 jadi saya tidak dapat menghadiri sidang Parlimen sehingga kuarantin selesai,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Bian yang sudah melengkapkan vaksin Covid-19 sejak dua bulan lalu berkata, deman dan selesema ringan yang dihidapi sejak Jumaat lalu sudah beransur pulih.

“Saya percaya vaksin yang saya terima beberapa bulan yang lalu telah mencegah dan menyelamatkan saya. Saya sangat menggalakkan mereka yang belum divaksin untuk mendapatkannya kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here