Bekas kapten All Black dilantik jurulatih baharu skuad Bunga Raya

0
70
Rodney So’oialo diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad Bunga Raya hari ini

CYBERJAYA – Bekas kapten pasukan All Blacks, Rodney So’oialo diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad ragbi 15 sebelah Malaysia hari ini.

Menurut Kesatuan Ragbi Malaysia dalam satu kenyataan, bekas pemain itu yang
pernah beraksi di Piala Dunia mempunyai pengalaman melatih kelab ragbi Jepun, Itali dan New Zealand.

“Dalam satu temubual yang dibuat bersama So’oialo, beliau berasa sangat teruja dan bersedia untuk menggalas cabaran baharu ini.

“Malah, So’oialo juga yakin dengan latihan yang baik, Malaysia mampu memberikan cabaran kepada pasukan lain dalam kejohanan akan datang,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, So’oialo turut berharap peminat ragbi tempatan dapat memberikan sokongan kepada pasukan Bunga Raya itu.

Biodata Rodney So’oialo

Menurut kenyataan itu lagi, antara cabaran awal yang menanti jurulatih berusia 41 tahun itu ialah Kejohanan Ragbi Asia (ARC) bermula pada Januari 2022.

Berdasarkan rekod, skuad Bunga Raya 15 Sebelah kini berada di divisyen paling tinggi dengan menghuni di ranking ke-46 dunia dan keempat Asia di belakang Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan, kedudukan itu juga lebih baik berbanding seteru utama, Singapura ketujuh dan Thailand ke-12 dalam sejarah perebutan kejuaraan ragbi 15 dan 7 sebelah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here