Beng Hee dilantik ketua jurulatih skuasy AS

0
51
ONG BENG HEE

CYBERJAYA – Bekas pemain skuasy nombor satu negara, Ong Beng Hee dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan Skuasy Amerika Syarikat (US Squash) menggantikan Paul Assaiante.

Menurut Bernama, Beng Hee yang memulakan tugas baharu itu pada minggu lepas, akan menerajui pasukan AS memburu kecemerlangan daripada peringkat pembangunan junior hingga program berprestasi tinggi di Pusat US Squash Arlen Specter di Philadelphia.

Sebelum ini, Beng Hee, yang dua kali muncul pemenang pingat emas Sukan Asia itu, mengetuai program kebangsaan Qatar selaku pengarah teknikal selama empat tahun, selepas bersara daripada siri Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) pada 2015.

“Ini adalah pencapaian terbesar saya sebagai jurulatih untuk menerajui program yang disokong dengan kemudahan menakjubkan di Pusat Arlen Specter.

“Ini adalah impian menjadi kenyataan kepada mana-mana jurulatih. Saya berterima kasih kepada keluarga Ganek, US Squash dan Assaiante,” kata Beng Hee kepada Bernama.

“Saya mengenali Assaiante sekian lama dan tidak sabar untuk terus bekerjasama dengan beliau bagi membantu membina program yang lebih cemerlang,” kata Beng Hee dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web US Squash.

US Squash juga mengumumkan Assaiante akan terus berkhidmat dengan peranan baharu sebagai ’emeritus’ selepas 13 tahun menjadi ketua jurulatih kebangsaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here