
CYBERJAYA – Berita gembira buat industri sukan bakal diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, garis panduan bagi industri itu telah dibincang dan diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19.
“Permintaan @PejaofPerak untuk outdoor team sports adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan.
“Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN Covid-19. Berita yang baik akan diumumkan.” kata Khairy di laman Twitternya hari ini.

Terdahulu , Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa Khairy supaya mempertimbang cadangan untuk membenarkan pembukaan gimnasium dan aktiviti sukan padang dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Gesaan tersebut selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran SOP buat industri kreatif berkuat kuasa di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Khamis ini.
Sementara itu, Khairy mengumumkan garis panduan pengudaraan (ventilation) buat gimnasium akan dirangka bersama oleh kementeriannya dan MKN.
“Ini tidak akan mengambil masa yang lama. Namun, oleh sebab persekitaraan pusat kecergasan tertutup (indoor fitness centres), kami harus menekankan beberapa keperluan pengudaraan tertentu,” jelas Khairy