Blok pembangkang calonkan Nga Kor Ming sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat

0
147
Nga Kor Ming pernah menjalankan tugas itu sewaktu PH menjadi kerajaan selepas PRU ke-14 lalu.

CYBERJAYA – Blok pembangkang hari ini menamakan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai calon mereka bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Menurut portal MalaysiaKini, Kor Ming ketika dihubungi mengesahkan dia adalah calon tunggal dinamakan Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut berkata, cadangan sudah diserahkan kepada pihak parlimen mengikut kaedah yang ditetapkan peraturan mesyuarat.

Ketika ini, satu daripada dua jawatan timbalan speaker masih kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Seri Azalina Othman Said, baru-baru ini.

Blok kerajaan, sebelum ini mencadangkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon mereka.

Dewan Rakyat akan membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan ahli parlimen Pengerang itu pada Selasa depan.

Sementara itu, Kor Ming hari ini turut menyenaraikan 10 pembaharuan parlimen yang akan dilaksanakannya jia terpilih menjadi timbalan speaker.

Beliau yang pernah menjalankan tugas itu semasa PH menjadi kerajaan selepas PRU ke-14 lalu, mengusulkan supaya Parlimen bertindak sebagai cabang perundangan untuk mendapatkan kebebasan kewangan, memiliki perkhidmatan sendiri, mengkaji rang undang-undang kerajaan secara berkala, meneliti anggaran kerajaan dan menangani masalah setempat sesebuah kawasan parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here