Brainy Bunch kampus Cyberjaya tawar padang bola sepak untuk acara

0
51
Penyewaan padang bola sepak ini juga ditawarkan untuk kegunaan pelbagai acara lain yang bersesuaian.

CYBERJAYA – Kampus utama Brainy Bunch yang terletak di Seksyen 4, Jalan Cyber Valley di sini menawarkan kemudahan penganjuran sukan bola sepak kepada peminat sukan itu.

Tawaran penyewaan padang bola dan kemudahan lain itu kini dibuka kepada orang ramai khususnya komuniti di sekitar Sepang, Putrajaya, Dengkil dan Bangi.

Dalam hantaran di Facebook Malakat Mall hari ini, Brainy Bunch menawarkan penyewaan padang (rumput) pada harga yang berpatutan sempena kebenaran aktiviti riadah dan rekreasi diumumkan kerajaan.

“Ini padang Bola Brainy Bunch HQ Cyberjaya.
Dah boleh main bola kan? Pastinya ada warga Cyberjaya yang suka main bola tapi tidak tahu di mana kan?

“Jom main di sini, padang ini disewakan kepada umum,” menurut pengumuman itu hari ini.

Antara kemudahan lain yang disediakan adalah ruang dan tempat duduk penonton, kedai serbaneka, tandas, surau dan ruang parkir yang luas.

Orang ramai yang berminat untuk menyewa atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi Aden Abu Eljadra di talian : 016-2291353

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here