Britain beri dos ketiga vaksin kepada individu dengan masalah imunisasi badan lemah

0
11
GAMBAR HIASAN

LONDON – Kerajaan Britain akan memulakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 kepada individu yang mempunyai masalah imunisasi badan yang lemah.

Menurut Reuters, keputusan itu berikutan data yang menunjukkan 40 peratus daripada individu yang mengalami masalah biologi itu hanya mempunyai antibodi yang sedikit setelah menerima suntikan penuh dua dos.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan menyatakan, dos ketiga yang diberikan bukanlah suntikan booster, tetapi sebahagian daripada program pemberian vaksin bagi membantu golongan yang mempunyai masalah meningkatkan kadar antibodi mereka.

“Kami mahu individu yang mempunyai masalah biologi seperti ini turut mendapat perlindungan sepenuhnya daripada Covid-19,” kata Pengerusi Badan Bertindak Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), Wei Shen Lim.

Antara penerima suntikan dos ketiga ini adalah mereka yang menghidap penyakit AIDS, dan individu yang pernah menerima rawatan kemoterapi.

Vaksin yang akan digunakan dalam pemberian ini dari jenis mRNA, seperti vaksin keluaran Pfizer dan Moderna.

Dijangkakan, jumlah penerima suntikan itu adalah seramai antara 400,000 hingga 500,000 individu sahaja.

“Kesemua penerima akan dihubungi secepat mungkin bagi membolehkan jadual pemberian diatur secepat mungkin,” kata Menteri Kesihatan, Sajid Javid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here