Chile luluskan vaksin Sinovac bagi kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas

0
32

SANTIAGO – Pihak berkuasa Chile meluluskan vaksin Sinovac bagi digunakan ke atas kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.

Menurut The Guardian, kelulusan itu diberi ketika negara itu sudah mencapai 75 peratus populasi dewasanya menerima dos penuh vaksin Covid-19.

Buat masa ini, hanya negara China meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dan Sinopharm ke atas kanak-kanak berumur antara 3 hingga 17 tahun.

Kata Pengarah Institut Kesihatan Awam Chile, Heriberto García kelulusan itu diberi berdasarkan laporan dan maklumat yang dibekalkan oleh Sinovac dan beberapa jurnal perubatan lain.

Beliau menambah, pihak universiti tempatan turut menjalankan kajian terhadap pengunaan vaksin keluaran negara China itu dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk rekod, pihak Universiti Katolik Chile sedang menjalankan kajian ke atas 4,000 kanak-kanak berusia di antara 3 hingga 17 tahun.

Di benua Amerika Latin, beberapa buah negara sudahpun meluluskan pengguanan vaksin Pfizer bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here