Covid-19: 14,954 kes baharu, Sarawak tertinggi

0
64

CYBERJAYA – Sebanyak 14,954 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pertambahan ini menjadikan jumlah kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 2,097,830 kes.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi dengan 2,707 kes, diikuti Selangor dengan 2,028 kes, dan Johor dengan 1,948 kes.

“Hanya Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kadar vaksinasi negara kini semakin menghampiri angka 80 peratus.

“Setakat semalam, sebanyak 78.2 peratus populasi dewasa negara telah menerima vaksin lengkap 2 dos.

“Penerima hanya satu dos vaksin sahaja pula adalah 93.1 peratus,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu ciapan sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here