Covid-19: 18 kematian libatkan ibu hamil di Johor

0
61
GAMBAR HIASAN

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 18 kes kematian akibat Covid-19 melibatkan ibu hamil dilaporkan di Johor sehingga semalam.

Menurut Bernama, perkara itu didedahkan oleh Exco Kesihatan Johor, R. Vidyananthan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14, hari ini.

Beliau berkata, perkara ini merupakan sesuatu yang amat serius dan pihaknya akan meneruskan pemantauan sambil mengambil bebarapa langkah proaktif.

Antaranya, beliau menambah, kesemua ibu hamil digalakkan mengambil vaksin Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha melindungi diri dari pandemik itu.

“Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), jumlah ibu hamil di Johor yang menerima satu dos suntikan vaksin adalah seramai 30,000 orang.

“(Sementara itu) Seramai 9,177 lagi sudah lengkap dua dos,” tambah beliau pada sesi penggulungan sidang itu, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here