Covid-19: 18,547 kes baharu, Sarawak tertinggi

0
13
Statistik harian Covid-19.

CYBERJAYA – Sebanyak 18,547 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan kes kumulatif kini meningkat kepada 1,880,734 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 3,200 jangkitan baharu diikuti dengan Selangor (2,407), Johor (2,174) dan Sabah (2,107).

“Negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes melebihi 1,000 pula ialah Pulau Pinang sebanyak 1,776 kes, Kedah (1,487 kes), Kelantan (1,458 kes) dan Perak (1,197 kes), ” katanya dalam hantaran di Twitter beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, negeri-negeri yang merekodkan kes di bawah 1,000 ialah Pahang dengan 742 kes, Terengganu (645 kes), Kuala Lumpur (631 kes), Melaka (448 kes) dan Negeri Sembilan (229 kes).

Tidak ketinggalan Putrajaya, Perlis dan Labuan pula masing-masing mencatatkan 22, 20 dan empat kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here