Covid-19 : 19,378 kes baharu, kes di Selangor menurun

0
36
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 19,378 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,805,382 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu sedikit menurun berbanding kes direkodkan semalam iaitu 20,988 kes.

Daripada jumlah terbaharu itu, Selangor menunjukkan penurunan kepada 3,613 kes berbanding 4,073 kes semalam.

Bagaimanapun negeri itu kekal penyumbang tertinggi kes harian keseluruhan negara.

Tiga negeri merekodkan angka lebih dua ribu iaitu Sarawak (2,464) diikuti Sabah 2,404 kes dan Johor 2,331 kes.

Ia diikuti Pulau Pinang dengan 1,726 kes; Perak (1,389); Kelantan (1,356); Kuala Lumpur (740); Pahang (559); Terengganu (532); dan Melaka 399 kes.

Sementara Perlis dan Putrajaya merekodkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 80 kes dan 41 kes manakala Labuan, hanya empat kes baharu dicatatkan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here