Covid-19: Kajian Oxford sahkan perokok lebih berisiko dimasukkan ke hospital, maut

0
53

LONDON – Satu kajian baharu di United Kingdom mengesahkan perokok adalah lebih berisiko untuk dimasukkan ke hospital dan maut akibat Covid-19.

Menurut The Guardian, kajian itu yang mengumpul data dari sumber pemerhatian dan perubatan, dan maklumat genetik menafikan kajian terdahulu yang menyatakan perokok kurang berisiko dijangkiti.

Kajian yang dijalankan oleh kumpulan pakar dari Universiti Oxford itu berdasarkan rumusan kumpulan data milik 421,469 penyumbang maklumat genetik UK Biobank.

Kumpulan data yang dianalisa dalam kajian ini adalah rekod kesihatan individu dari pakar, keputusan ujian Covid-19, rekod pendaftaran kemasukan hospital dan sijil kematian.

Jika dibandingkan antara individu yang tidak merokok, seorang perokok adalah 80 peratus lebih berpeluang untuk dimasukkan ke hospital setelah menjangkiti Covid-19, manakala risiko kematian padanya adalah sedikit lebih tinggi.

“Dapatan ini mengesahkan pendapat kami bahawa tabiat merokok tidak melindungi pelakunya daripada Covid-19, bahkan mendedahkan individu itu kepada risiko yang lebih besar,” kata salah seorang saintis yang terlibat dalam kajian itu, Dr. Ashley Clift.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here