Covid-19: Kes baharu naik sedikit

0
38
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

CYBERJAYA – Angka harian kes baharu Covid-19 kembali naik apabila sebanyak 12,735 kes dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan sejak pandemik itu melanda negara kepada 2,245,695 kes.

“Sarawak merupakan negeri dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,487 kes, diikuti Selangor yang kembali mencatat kenaikan kes baharu sebanyak 1,940 kes.

“Ketiga tertinggi adalah Johor dengan 1,241 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu paparan di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

Tiga lagi negeri mencatat pertambahan angka kes di bawah seratus dengan Perlis mencatat sebanyak 97 kes, diikuti WP Putrajaya dengan 28 kes, manakala WP Labuan melaporkan pertambahan hanya 1 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here