Covid-19 : Lonjakan kes tertinggi empat hari berturut-turut di Sarawak

0
39

CYBERJAYA – Sebanyak 19,733 kes baharu positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu iaitu peningkatan sebanyak 1,186 berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadi kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini berjumlah 1,900,467 kes,

“Sarawak buat empat hari berturut-turut kekal sebagai negeri dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,100 kes hari ini, berkurangan 100 kes berbandig semalam,” katanya melalui Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Selangor berada di tempat kedua tertinggi dengan 2,989 kes positif hari ini berbanding 2,407 kes semalam.

Dalam pada itu, kes baharu Covid-19 direkodkan terus meningkat di Pulau Pinang dengan 2,474 kes.

Sabah pula merekodkan 2,067 kes positif harian berbanding 2,107 kes semalam disusuli Johor dengan 1,867 kes hari ini, menurun berbanding 2,174 semalam.

Penularan harian di Kuala Lumpur hari ini susut kepada 537 daripada 631 kes semalam manakala Putrajaya pula merekodkan sebanyak 29 kes hari ini iaitu kenaikan sebanyak tujuh kes.

Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan kes baharu di bawah angka 1,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here