Covid-19: Saintis UK mulakan ujian klinikal ke atas vaksin baharu

0
86
GAMBAR HIASAN

LONDON – Saintis di United Kingdom (UK) dilaporkan sedang menjalankan ujian ke atas vaksin Covid-19 yang baharu.

Menurut The Guardian, vaksin itu yang buat masa ini dinamakan sebagai GRT-R910 itu sudah memasuki fasa satu ujian klinikal di Manchester.

Laporan itu turut menyebut, buat masa ini, vaksin keluaran Gritstone Bio Inc. itu duji pada individu berusia di atas 60 tahun.

Menurut salah seorang pengkaji dari Universiti Manchester, Prof. Andrew Ustianowski, vaksin yang dibangunkan menggunakan teknologi ‘self-amplifying’ mRNA (SAM) itu mampu meningkatkan kadar keberkesanan vaksin yang telah direka terlebih dahulu.

“Kami berpendapat, GRT-R910 sebagai dos penggalak akan meningkatkan kadar imun terhadap Covid-19 yang lebih kuat dan berpanjangan, terutamanya dalam golongan warga emas,” kata Prof. Ustianowski.

Pada ketika ini, ujian tersebut dijalankan dengan usahasama antara Gritstone, Universiti Manchester dan Tabung Yayasan NHS Universiti Manchester.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here