Covid-19: Sarawak atasi Selangor catat kes harian tertinggi

0
24
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 17,352 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, dengan negeri Sarawak menyumbang angka kes harian tertinggi.

Pertambahan kes pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik di dalam negara kepada 1,862,187 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Sarawak mencatat sebanyak 3,714 kes baharu, dengan Selangor yang semakin menunjukkan penurunan berada di tangga kedua dengan 2,126 kes.

Johor menjadi negeri ketiga tertinggi dengan 2,101 kes.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, sebanyak 2.89 juta dos vaksin Covid-19 akan dibekalkan ke Sabah pada bulan ini.

Beliau berkata, dengan penghantaran bekalan vaksin itu, kerajaan yakin Sabah akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 60,000 dos hingga 70,000 dos sehari seterusnya mencapai sasaran 60 peratus penduduk divaksin menjelang akhir bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here