Covid-19: WHO kelaskan varian Mu sebagai VOI

0
41

LONDON – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) telah mengenal pasti satu varian Covid-19 baharu yang berkemungkinan kebal terhadap vaksin.

Menurut The Guardian, varian yang ditemukan di Colombia itu, dinamakan sebagai Mu, atau nama saintifiknya B1.621, kini dikategorikan sebagai satu variant of interest (VOI).

Menurut WHO, varian Mu mempunyai mutasi yang hampir sama dimiliki varian Beta, namun lebih banyak kajian diperlukan bagi mengesahkan dapatan itu.

“Sejak mula dikenal pasti di Colombia pada Januari 2021, terdapat beberapa insiden jangkitan sporadik varian Mu.

“Antara insiden terbesar adalah di benua Amerika Selatan dan Eropah,” kata WHO dalam satu kenyataan hari ini.

Kata WHO lagi, walaupun penemuan varian ini didapati menurun dan kini berada pada kadar 0.1 peratus di dunia, terdapat peningkatan penularan secara konsisten di Colombia (39 peratus) dan Ecuador (13 peratus).

Buat masa ini, terdapat empat varian dominan yang menular dan dikategorikan sebagai variant of concern (VOC) iaitu varian Alpha yang menular di 193 negara, Beta (141 negara), Delta (170 negara) dan Gamma (91 negara).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here