Datuk 12 cucu ditahan lalok dadah di ladang sawit

0
13
Sebahagian daripada 45 penagih yang ditahan dalam Ops Sarang di sebuah ladang kelapa sawit di Pasir Panjang, Port Dickson. Foto- Ihsan PDRM

PORT DICKSON – Usia bukan halangan. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan mengenai ‘hamba dadah’ berusia 70 yang ditahan dalam serbuan polis di sebuah ladang kelapa sawit di Pasir Panjang, awal pagi semalam.

Warga emas yang mempunyai 12 orang cucu itu merupakan salah seorang daripada 45 penagih yang ditahan di ‘port dadah’ dalam Ops Sarang.

Semasa ditahan, suspek yang mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak daripada usia muda tidak menyangka dirinya akan tertangkap.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson itu dilakukan selepas mendapat maklumat dan aduan orang ramai.

Dalam serbuan bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, polis menahan lelaki berusia antara 21 tahun hingga 70 tahun.

“Dalam operasi polis menggunakan pelbagai helah bagi memerangkap mereka yang datang ke kawasan ini dengan hanya menunggang motosikal.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua suspek cuba melarikan diri namun gagal kerana sudah dikepong 15 anggota sejak awal pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil serbuan ini, polis merampas dadah antaranya heroin dan syabu.

“Sebanyak 52 paket lutsinar disyaki heroin anggaran berat 49.61 gram, tiga tiub straw pendek mengandungi heroin anggaran berat 0.65 gram dirampas.

Aidi Sham berkata, pemeriksaan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati 44 orang positif morfin dan seorang positif methamphetamine.

“Kesemua tangkapan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here