Dek Wan terlepas pingat, tamatkan saingan di tempat ke-4

0
177
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

TOKYO – Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya selepas menamatkan saingan akhir acara 100 meter T36 di tangga keempat dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Mohamad Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Dek Wan mengakhiri saingan itu dengan catatan masa 12.15 saat.

Pingat emas dalam acara itu dimenangi oleh atlet China, Deng Peicheng 11.85 saat dengan mencatatkan rekod baharu kejohanan.

Pingat perak pula dimenangi oleh peserta dari Australia, James Turner dengan catatan masa 12 saat manakala pingat gangsa dimenangi atlet Argentina, Alexis Sebastian Chavez dengan catatan masa 12.02 saat.

Dalam acara yang bermula pukul 9.38 pagi waktu Malaysia itu, Dek Wan bermula baik dengan dilihat berada di kedudukan pingat namun memasuki 50 meter terakhir pelumba dari China dan Australia mula memintas beliau.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here