DHL Express umum kenaikan harga purata perkhidmatannya bagi tahun hadapan

0
22
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pihak DHL Express Malaysia mengumumkan kenaikan harga purata perkhidmatannya sebanyak 4.9 peratus berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

Kata DHL dalam satu kenyataan hari ni, pelarasan harga tahunan itu mengambil kira faktor inflasi dan kedinamikan mata wang, serta pelarasan kos pentadbiran yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

“Langkah-langkah ini dikemas kini secara berkala oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa di setiap lebih daripada 220 negara dan wilayah yang mendapat perkhidmatan DHL Express,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata, pelarasan harga tahunan itu membolehkan pihak syarikat melabur dalam infrastruktur dan teknologinya untuk memastikan penyelesaian pelanggan yang berdaya tahan, mampan dan terbaik.

“Ini termasuk pesawat dan kenderaan canggih serta pengembangan hab dan gerbang kami untuk meningkatkan kapasiti kerana permintaan untuk pengiriman rentas sempadan perkhidmatan pantas terus meningkat,” tambah Julian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here