Dron berteknologi AI laksana misi pembunuhan saintis Iran

0
548
Mohsen Fakhrozadeh dianggap sebagai bapa nuklear Iran, terbunuh dalam serangan dron Israel pada November tahun lalu.

NEW YORK – Pihak perisikan Israel, Mossad dilaporkan menggunakan dron berteknologi tinggi dalam operasi pembunuhan seorang saintis nuklear Iran pada November tahun lalu.

Menurut akhbar berpengaruh The New York Times (NYT) semalam, dron bersenjatakan mesingan FN MAG itu diseludup masuk dan kemudiannya dipasang satu persatu oleh sekumpulan perisik yang sudah berada di dalam negara itu.

Dron yang siap dipasang itu kemudiannya diletakkan dalam sebuah kereta Nissan Zamyad.

NYT melaporkan, dron itu dikawal sepenuhnya dari luar negara, dan dilengkapi dengan teknologi kepintaran buatan (AI).

“Ketika sasaran melalui kawasan itu, penembak tepat yang mengawal dron itu melakukan tembakan.

“Sistem AI pada dron itu membuatkan pelarasan senjata pada sasaran dapat dilakukan dengan tepat tanpa mengenai sasaran lain,” kata NYT lagi.

Dalam kejadian itu, Mohsen Fakhrizadeh yang dianggap sebagai bapa teknologi nuklear Iran, terbunuh setelah sebutir peluru yang singgah pada tubuhnya mengenai tepat pada saraf tulang belakangnya.

Tiada individu lain terbunuh atau tercedera dalam kejadian itu.

Setelah operasi dilaksanakan, kenderan yang mengandungi dron itu dimusnahkan oleh pengendalinya dengan bahan letupan.

“Operasi itu dianggap amat berjaya kerana sasaran berjaya dilupuskan, pada masa yang sama mendedahkan kelemahan pihak keselamatan Iran,” kata NYT lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here