Dulu sesak teruk, kini CAC Stadium Malawati lengang

0
254
Dua gambar di lokasi dan waktu yang sama pada tarikh berbeza yang dikongsi oleh Muhaimin Abdullah di CAC Stadium Malawati hari ini

CYBERJAYA – Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam yang beberapa bulan lalu sesak dengan kehadiran pesakit Covid-19 kini lengang.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang petugas di CAC itu, Muhaimin Abdullah dalam satu hantaran di laman Facebooknya, beliau menunjukkan dua situasi berbeza ketika gambar diambil pada Mei lalu dan hari ini.

“Dua tarikh berbeza diambil pada masa ‘peak hours’ yang sama di CAC.

“Ramai dah lengkap dos vaksin dan kes nampak berkurangan, semoga bertambah baik dan kita akan hidup normal seperti biasa nanti.

“Insya-Allah, kekal jaga SOP (prosedur operasi standard) ya dan lengkapkan dos vaksin kalau belum,” katanya hari ini.

Keadaan di CAC Stadium Malawati beberapa bulan lalu

Dalam pada itu, hantaran tersebut turut menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang turut berkongsi status tersebut.

“Beristiqamah dalam usaha kita berperang dengan Covid-19 serta bertawakkal kepada Allah SWT. Insya-Allah ada cahaya dan nur di hujung terowong,” katanya.

CAC tersebut merupakan pusat penilaian bagi pesakit Covid-19 sebelum dihantar ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang.

Pada April lalu CAC tersebut sesak dengan kehadiran pesakit Covid-19 sehingga tular beberapa video pesakit beratur panjang untuk mendapatkan penilaian status di CAC itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here