Tak hirau kontroversi, Ebit Lew pilih bercuti bersama keluarga di Langkawi

0
6475
Gambar terkini yang dimuat naik Ebit bersama isterinya dipercayai di sebuah lokasi di Pulau Langkawi

CYBERJAYA – Meskipun sedang dihimpit dengan kisah kontroversi, pendakwah terkenal, Ebit Lew masih sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarganya tanpa mengendahkan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini, Ebit menunjukkan foto beliau bersama isterinya sedang bersantai di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Bagaimanapun dalam satu hantaran yang lebih awal beberapa jam, Ebit sempat membuat coretan dengan menyampaikan bantuan di Hospital Sultanah Maliha Langkawi, Kedah.

“Selalu sibuk, beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah.

“Doakan ye. Hidup hanya nak redha Allah,” katanya hari ini.

Foto yang dimuat naik oleh Ebit Lew hari ini yang sedang menyampaikan bantuan di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi

Sejak beberapa hari lalu, kontroversi melibatkan pendakwah bebas itu semakin memuncak apabila beberapa pendakwah lain mendedahkan mesej lucah yang dikaitkan dengannya.

Terbaharu, pendakwah terkenal Firdaus Wong mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Firdaus mendakwa kesemua mesej serta bukti tersebut telah dilihat oleh mata kepalanya sendiri daripada perbualan melalui WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here