Ekonomi Filipina dijangka pulih dalam masa 10 tahun

0
45

MANILA – Pemulihan ekonomi Filipina dijangka akan mengambil masa selama 10 tahun sebelum ia kembali pada tahap sebelum era pandemik Covid-19.

Perintah lockdown dan pelbagai sekatan yang dikenakan bagi mengekang penularan wabak itu telah menjejaskan ekonomi negara itu, membuatkan jutaan warga kehilangan kerja dan kebanyakan keluarga miskin terpaksa berlapar, kata AFP.

“Kos jangka panjang (penularan) Covid-19 dan pelbagai lagi sekatan yang dikenakan sepanjang penularan wabak ini dijangka mencecah USD810 bilion (RM3.391 trilion),” kata Setiausaha Perancangan Ekonomi, Karl Kendrick Chua.

Angka tersebut adalah lebih daripada dua kali ganda kadar pertumbuhan domestik Filipina pada 2020, yang dijangkakan bernilai USD361.5 bilion (RM1.513 trilion)

Bahagian kepenggunaan, pelaburan dan pungutan cukai dijangka akan mengalami kesukaran untuk pulih seperti sediakala berikutan sektor pelancongan dan restoren belum dapat dibuka sepenuhnya berikutan sekatan seperti penjarakan sosial.

Chua menambah, kadar produktiviti yang rendah berikutan kematian, sakit atau kekurangan pendidikan “berkemungkinan kekal”.

Bagi tahun ini, Chua menambah, ekonomi Filipina dijangka berkembang pada kadar antara 4 hingga 5 peratus, berbanding penguncupan sebanyak 9.6 peratus pada tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here