Enam tahanan Palestin berjaya larikan diri dari penjara Israel

0
1029
Lubang yang dikorek di dalam tandas, yang digunakan sebagai laluan untuk melarikan diri.

JERUSALEM – Enam tahanan warga Palestin yang dianggap sebagai ‘tahanan berisiko tinggi’ berjaya meloloskan diri daripada Penjara Gilboa, hari ini.

Menurut Reuters, lima daripada tahanan itu merupakan anggota Jihad Islam manakala seorang lagi merupakan bekas komander kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Fatah.

Pegawai penjara meneliti lubang keluar yang digunakan para tahanan untuk melarikan diri.

Menurut komander perkhidmatan penjara wilayah utara, Arik Yaacov, kesemua tahanan itu difahamkan berjaya meloloskan diri menerusi lubang yang dikorek di tandas, yang kemudiannya bersambung dengan terowong yang wujud ketika penjara itu dalam pembinaan.

Pihak penjara turut mengesahkan salah seorang tahanan yang berjaya lari itu adalah bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.

Sementara itu, pihak polis Israel percaya, tahanan itu sedang cuba untuk melarikan diri sama ada ke Tebing Barat, ataupun menuju ke sempadan Jordan yang terletak kira-kira 14km ke timur.

Penjara Gilboa merupakan sebuah kompleks penjara berkawalan tinggi itu terletak kira-kira 4 kilometer (km) daripada sempadan Tebing Barat, dan merupakan salah sebuah daripada daripada penjara yang menempatkan warga Palestin yang terlibat dalam kegiatan anti-Israel termasuk serangan bersenjata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here