Fateh Watches keluarkan jam model Octagon, dijual secara eksklusif di Anak Jantan

0
155
Pengurus Anak Jantan, Mohamad Ash Shahid Salleh mengayakan model terbaharu Fateh Watches iaitu model Octagon yang mempunyai empat variasi warna.

CYBERJAYA – Fateh Watches tampil dengan keluaran jam tangan terbaharu iaitu model Octagon yang direka dengan penuh eksklusif dan bermutu tinggi.

Jam tangan Octagon ini didatangi dengan pilihan empat warna menarik dengan ‘body’ stainless steel dan tali getah sekali gus bersesuian dengan apa jua keadaan.

Mereka yang ingin mendapatkan jam model terbaharu Fateh Watches ini boleh berkunjung ke pengedar eksklusifnya di kedai Anak Jantan di Malakat Mall.

Pengurus Anak Jantan, Mohamad Ash Shahid Salleh berkata, model Octagon itu ketika ini mendapat sambutan yang begitu baik di kedainya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ash berkata, rekaan yang menarik dan eksklusif membuatkan model berkenaan menjadi pilihan pelanggan.

“Walaupun baharu sahaja diperkenalkan dalam minggu ini, jam model berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada para pelanggan.

“Alhamdulilah, ada yang datang secara terus ke Anak Jantan dan ada juga yang membeli secara dalam talian,” katanya kepada Malakat Tribune.

Menurut Ash, antara kelainan jam model Octagon itu ialah Fateh Watches menggunakan enjin buatan jepun iaitu Miyota 2037.

“Harga jualan model Octagon ini berbeza mengikut warna iaitu RM539 untuk ‘silver’ dan RM549 untuk ‘rose gold’ dan ‘matte black’,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya ketika ini masih membuka promosi untuk pembelian terawal iaitu pada harga RM499.

“Promosi diadakan sehingga 16 September, mereka yang membeli pada harga promosi ini juga diberikan hadiah baju Polo keluaran Anak Jantan,” katanya.

Untuk makluman, jam jenama Fateh Watches menggunakan teknologi Swiss dengan menggunakan jarum arah tawaf atau anti clock wise.

Jenama Fateh Wacthes diasaskan sendiri oleh usahawan Muslim iaitu Zainal Mohd. Ali bersama keluarganya.

Zainal berpengalaman lebih 43 tahun dalam dunia jam tangan dan mendapat pengalaman luas di Switzerland dan sangat mahir dengan teknologi jam Swiss.

Beliau juga bekerja membuat jam tangan Tag Heuer, Patek Philippe dan juga di kilang jam di China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here