Gandingan beregu ‘Patatimo’ rangkul kejuaran antarabangsa di Ukraine

0
561
Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri berjaya menjuarai Kejohanan Antarabangsa Ukraine hari ini

KIEV – Pasangan beregu muda negara, Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri terus mencipta sensasi apabila berjaya menjuarai Kejohanan Antarabangsa Ukraine selepas mengenepikan cabaran pasangan dari India, Ishaan Bhatnagar-Sai Pratheek K hari ini.

Pasangan muda negara itu yang digelar beregu Patatimo mengambil masa selama 59 minit sebelum menewaskan pasangan dari India itu dengan keputusan 21-15, 19-21, 21-15.

Kemenangan itu merupakan yang kedua berturut-turut untuk pasangan negara selepas berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Antarabangsa Hellas di Greece minggu lalu.

Sementara itu, pasangan beregu campuran remaja negara, Yap Roy King-Valeree Siow membuktikan keunggulan sebagai beregu dalam pembikinan negara apabila berjaya muncul selepas mengenepikan cabaran Johannes Pistorius-Emma Moszczynski dari Jerman 21-19, 21-12 pada pentas akhir sebentar tadi.

Yap Roy King dan Valeree Siow

Kejayaan ini membolehkan pasangan negara itu muncul sebagai satu-satunya wakil negara yang mencipta sejarah dengan memenangi tiga kejuaraan berulang untuk tempoh tiga minggu berturut-turut.

Sebelum ini, mereka telah menjuarai kejohanan di Latvia dan Hellas.

Pada peringkat separuh akhir, Roy King-Valeree menyingkirkan Malik Bourakkadi-Annabella Jaeger juga dari Jerman dengan keputusan 21-17, 21-14.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here