Gara-gara percayakan ‘ubatan alternatif’, individu positif Covid-19 overdos ivermectin

0
103

SYDNEY – Seorang individu yang disahkan positif Covid-19 dimasukkan ke hospital kerana didapati overdos ivermectin dan bahan ubatan lain kerana terlalu percayakan ‘perubatan alternatif’.

Menurut The Guardian, individu yang tidak dikenal pasti jantina dan umurnya itu, sedang menjalani perintah kuarantin di rumah dan memesan ubatan itu secara atas talian.

Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital Westmead kerana mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk.

Ketiak ditemuramah pasukan perubatan, dia mengaku mengambil ubatan itu setelah membaca mengenainya di media sosial.

Menurut pakar toksikologi Westmead, Dr. Naren Gunja, kes ini merupakan satu daripada insiden yang semakin meningkat.

“Mujur pesakit itu tidak mengalami kesan toksik teruk akibat pengambilan ubat itu.

“Pada masa yang sama, ubatan yang diambilnya langsung tidak membantu menyembuhkan Covid-19 yang dia hidapi,” kata Dr. Gupta.

Sementara itu, Ketua Pegawaia Perubatan Australia, Profesor Paul Kelly turut merayu kepada orang awam supaya tidak mengambil ubatan yang tidak disahkan berkesan dalam rawatan Covid-19.

“Hakikatnya, banyak ujian telah dilakukan ke atas ivermectin, namun tiada satu pun yang menghasilkan kesan positif.

“Ada kemungkinan, keadaan ini akan berubah pada masa hadapan. Tetapi buat masa ini elakkan pengambilan ubatan yang tidak disahkan keberkesannnya, kerana ia amat merbahaya,” kata Prof. Kelly.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here