Gubahan azan dalam soundtrack, Mnet tampil mohon maaf

0
401

SEOUL – Selepas dikritik dan didesak oleh peminat Muslim di rantau ini, tim produksi rancangan tarian K-pop, Mnet Street Woman Fighter akhirnya memohon maaf atas penggunaan suara azan dalam remix musik program terbitannya.

Tindakan itu dibuat selepas produksi tv itu dibanjiri hashtag #Mnetapologize sejak semalam ekoran pendedahan pengguna akaun Tik-Tok yang mendedahkan suara latar dalam musik program itu digubah daripada laungan azan.

Tim produksi itu melalui akaun rasmi Instagramnya, Mnet_dance hari ini membuat permohonan maaf di atas penggunaan soundtrack yang penuh kontroversi itu.

Mnet berkata, penggunaan suara latar itu tidak disengajakan dan diperolehi daripada platform yang sah.

“Tim produksi kami merasakan bunyi elektronik itu sesuai untuk digabungkan dengan bunyi latar belakang program ini.

“Kami tidak mempunyai sebarang niat lain di sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Mnet juga bersetuju akan menggantikan penggunaan musik itu dengan gubahan yang lain dengan akan memuatnaik semula video berkenaan selepas pengubahsuaian selesai.

Mnet adalah sebuah saluran muzik yang disiarkan dalam televisyen berbayar di Korea Selatan.

Sebelum itu, sebuah video menampilkan seorang wanita berpurdah mendakwa pihak produksi sengaja mengubah semula (remix) suara azan asal dalam video komersial tersebut.

Wanita itu mendakwa tindakan tersebut secara jelas menyentuh sensitiviti agama kerana azan tidak boleh digunakan bagi tujuan hiburan dan muzik.

Video penerangan wanita tersebut ditonton oleh seramai 94,400 warga maya dalam Twitter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here