Guru tanpa vaksin mungkin perlu disaring berkala di Terengganu

0
29

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri ini sedang mempertimbangkan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 secara berkala kepada guru-guru yang menolak suntikan vaksin.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peraturan itu mungkin menjadi salah satu cara untuk memastikan kesihatan guru dan seluruh warga sekolah dapat dilindungi daripada penularan Covid-19.

Menurut beliau, kaedah itu sedang dipertimbangkan sebagai langkah untuk menggalakkan para guru yang masih keberatan untuk mengambil suntikan vaksin.

Katanya, buat masa ini dianggarkan terdapat 100 orang guru di negeri itu yang mnasih menolak suntikan vaksin dengan pelbagai alasan.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang membolehkan sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka ketika ini

Justeru belia menyeru golongan itu supaya mengambil suntikan vaksin demi kepentingan umum.

“Permintaan saya ialah mereka ini (guru) dapat mempertimbangkan seruan dapatkan vaksin demi maslahah dan kebaikan bersama semua pihak untuk keluarga dan anak-anak murid mereka nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini pada Isnin.

Ahmad Samsuri bagaimanapun berkata, jumlah 100 guru yang tidak mahu menerima vaksin itu bukanlah angka statik kerana ada sebahagian daripada mereka sudah berubah fikiran selepas dipujuk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here