Hampir semua kes jangkitan di Sarawak disebabkan Varian Delta

0
47
Gambar hiasan

KUCHING – Punca utama kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di Sarawak dikesan daripada Varian Delta yang menjadi varian dominan di negeri itu.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, Prof Dr David Perera berkata, pada 31 Ogos lalu, sejumlah 303 varian yang membimbangkan (VOC) tambahan dikesan daripada 307 kes positif.

Menurutnya, semua VOC itu adalah varian Delta (B.1.617.2) dengan keseluruhan yang dikesan pada kadar 99 peratus dan ia mewakili peningkatan dari 82 peratus yang dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu.

“Justeru, data itu menunjukkan varian Delta adalah varian dominan yang sudah tersebar luas di Sarawak pada masa ini,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Dalam pada itu, Dr David berkata, varian Delta dikesan 100 peratus di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang serta kes Import A.

Bahagian Sibu dan Kapit pula mencatatkan 97 peratus manakala bahagian Bintulu 98 peratus.

Sejak minggu lalu, Sarawak melaporkan kes harian tertinggi di seluruh negara dengan mengatasi Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here