Hanya sekolah di negeri fasa 4 PPN dibuka untuk sesi bersemuka

0
67
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Hanya sekolah di negeri-negeri fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan kembali dibuka menerusi dua proses persekolahan.

Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, bagi negeri-negeri yang belum beralih ke fasa 4 perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) masih lagi dijalankan.

“Kita bahagikan kepada dua kumpulan dan dalam konteks ini, PdPR akan masih boleh dilaksanakannya selagi sesi persekolahan bersemuka oleh mereka tidak dimulakan,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (Bayan Baru- PH) yang ingin tahu bagaimana melaksanakan pembukaan sekolah secara penggiliran 50 peratus pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bersemuka dan 50 petatus Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Radzi berkata, sistem penggiliran akan dilakukan terhadap murid-murid di fasa 4 PPN yang mana proses pertama penggiliran dimulakan dengan pelajar yang mengambil peperiksaan pada 3 dan 4 Oktober depan.

Katanya, ia kemudian disusuli dengan kadar separuh pelajar yang diwajidkan hadir ke sekolah secara bersemuka pada 17 Oktober ini.

“Pada akhir bulan Oktober barulah separuh lagi murid sekolah menengah dan murid sekolah rendah masuk.

“Selain negeri fasa 4 PPN, negeri-negeri di bawah fasa 3 dan ke bawah masih menjalankan sesi pembelajaran secara PdPR,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here