Helah pengasuh hempas bayi ke lantai terdedah

0
247
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang pengasuh muda berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penderaan bayi berusia 7 bulan di Taman Desa Pelancongan di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan dibuat selepas pihaknya menerima satu laporan yang mengaitkan pengasuh berkenaan dengan kejadian yang menyebabkan kecederaan di bahagian kepala bayi berkenaan.

Katanya, bayi malang tersebut kini berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan dan keretakan tempurung kepala.

Kejadian disedari apabila bapa mangsa menerima panggilan daripada suspek yang memaklumkan bayi terbabit terjatuh dari alat bantu berjalan.

Menurutnya, setibanya lelaki itu di rumah pengasuh berkenaan, dia mendapati terdapat kesan bengkak pada kepala bayinya.

“Bapa mangsa bertanyakan keadaan bayinya kepada wanita berusia lingkungan 22 tahun itu dan dia memberitahu bayi tersebut terjatuh semasa didukung.

“Mangsa segera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan pemeriksaan mendapati terdapat pendarahan di kepala dan tempurung kepala retak,” katanya.

Menurut bapa mangsa, anaknya dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada pukul 7.10 pagi sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek warga tempatan itu dikatakan telah menghempas kepala bayi itu sebanyak dua kali ke lantai kerana mangsa tidak berhenti menangis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here