Idris akan bincang dengan KPM, KKM isu guru KAFA enggan divaksin

0
31
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Keputusan sama ada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang enggan divaksin dibenarkan mengajar secara bersemuka atau sebaliknya akan diputuskan setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad bertemu dengan Kementerian Pendidikan.

Kata Idris lagi, pihaknya juga akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum keputusan dibuat, lapor Bernama hari ini.

“Sepatutnya guru ini orang paling dekat dengan anak murid dan guru KAFA pun saya nasihatkan supaya ambil vaksin.

“Apa yang kita takut sangat soal vaksin ini? Setakat ini ramai orang yang mati kerana COVID-19 dan belum lagi disebabkan vaksin,” kata Idris pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Musa’adah Banjir di Dewan Orang Ramai Matang Gelugor di Perak, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dilaporkan berkata, seramai 2,500 guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 akan diberi tugasan lain di sekolah semasa sesi persekolahan dibuka nanti.

Ini berikutan mereka tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas.

Sebelum itu, Radzi dilaporkan berkata KPM menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Okt ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here