India rampas heroin bernilai RM11.31 bilion

0
362
Muatan heroin itu dimuatkan dalam dua buah kontena dan dideklarasi sebagai serbuk talkum. – GAMBAR HIASAN

NEW DELHI – Pihak berkuasa India berjaya merampas heroin seberat hampir 3 tan yang disorok dalam muatan kargo berasal dari Afghanistan.

Menurut The Guardian, dua warga India turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan oleh Direktorat Risikan Hasil (DRI) India di Pelabuhan Mundra di wilayah Gujarat.

Muatan heroin itu, yang dideklarasikan sebagai serbuk talkum, mempunyai nilai jualan sebanyak USD2.7 bilion (RM11.31 bilion).

Kata DRI dalam satu kenyataan, kedua-dua buah kontena itu berasal dari Afghanistan, yang kemudiannya dimuatkan ke dalam sebuah kapal di sebuah pelabuhan di Iran.

“Siasatan turut mendapati, bebrapa warga Afghanistan turut terlibat dalam penyeludupan itu.

“Kami sedang menyoal siasat suspek yang berjaya ditahan bagi mendapatkan butiran lanjut,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here