Industri kreatif dibenar beroperasi, hanya untuk yang lengkap 2 dos vaksin

0
34
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi pemain industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diharap dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta pekerja dan 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

“Berita baik! Kerajaan bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif yang menjadi penyumbang kepada dua peratus bersamaan RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.

“Kelonggaran yang tertakluk kepada kelengkapan dua dos vaksin ini diharap dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta pekerja dan 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

“Ianya juga memberi ruang untuk pembukaan semula pawagam dengan 50 peratus kapasiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berharap penggiat dan pekerja industri kreatif dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Pada sama, beliau turut mendoakan agar Allah SWT memudahkan rezeki semua pihak dalam berhadapan dengan situasi sekarang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here