Iqra’ Read Bookstores sediakan bahan bacaan bermutu tinggi

0
27
Mashaf al-Quran bermutu tinggi keluaran Karya Bistari turut boleh didapati di Iqra; Read Bookstores di Malakat Mall.

CYBERJAYA – Pencinta buku ilmiah dan keagamaan tidak patut melepaskan peluang untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti di Iqra’ Read Bookstores yang beroperasi di Malakat Mall.

Menurut Pengurus, Norden Mohamed, sambutan pengguna kini dilihat semakin rancak berikutan kelonggaran sektor ekonomi yang sebelum ini diketatkan berikutan situasi Covid-19 yang menjadi-jadi.

“Ketika ini, para pelanggan sudah mula datang.

“Jadi kita ambil peluang ini untuk menambah dan mempelbagaikan bahan bacaan yang ada di premis ini,” kata Norden, hari ini.

Beliau menambah antara bahan bacaan baharu yang kini dijual di Iqra’ Read termasuk mashaf al-Quran yang diterbitkan oleh Karya Bestari.

Mashaf ini bersaiz B4 dengan rekaan motif yang menarik, dan oleh kerana tulisannya yang jelas dan besar, ia lebih mudah dibaca.

“Mashaf ini menjadi rebutan ramai kerana saiznya yang besar dan tulisannya yang jelas, di samping kewujudan nota kaki mengenai hukum bacaan di setiap muka surat,” kata Norden lagi.

Selain mashaf al-Quran terbitan Karya Bestari, terdapat juga bahan bacaan ilmiah dan keagamaan daripada penerbit buku lain seperti Galeri Ilmu, PTS Publication, Hijjaz Publication dan juga Ana Muslim.

“Jadi saya berharap orang ramai dapat hadir ke premis kami untuk melihat sendiri buku-buku baharu yang kami ada,” kata Norden yang turut menambah, pelanggan turut berpeluang mendapatkan diskaun istimewa pada judul buku tertentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here