Israel tahan ahli keluarga warga Palestin yang lari dari penjara

0
501
Lubang yang digali oleh warga Palestin yang melarikan diri dari penjara Israel

RAMALLAH – Tentera Israel dilaporkan menahan sekurang-kurangnya enam anggota keluarga warga Palestin di Tebing Barat yang melarikan diri dari penjara.

Enam warga Palestin melarikan diri dari penjara berkeselamatan tinggi pada Isnin lalu melalui lubang yang digali di bawah sinki di penjara Gilboa di utara Israel.

Menurut laporan AFP, Israel telah mengerahkan dron, pos pemeriksaan jalan dan misi tentera ke Jenin, kampung di Tebing Barat di mana kebanyakan ditahan kerana peranan mereka dalam serangan terhadap negara Yahudi.

Kelab Tahanan Palestin menyatakan, dua saudara lelaki Mahmud Ardah, yang digambarkan di media tempatan sebagai dalang tahanan yang lari, telah ditangkap.

Tentera juga telah menahan empat orang lain – rakan keluarga Dr Nidal Ardah, bersama dua saudara lelaki tahanan kedua melarikan diri dan bapa Munadel Infeiat, seorang lagi tahanan yang melarikan diri.

Ketiga-tiga tahanan yang melarikan diri itu adalah anggota kumpulan bersenjata Jihad Islam.

Jurucakap kumpulan tahanan, Amani Sarahneh, memberitahu AFP bahawa orang lain juga mungkin telah ditangkap, sementara ada yang hanya ditahan sebentar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here