Isu Jam: Siti Kasim mohon maaf kepada Idris

0
447
Tangkap layar di Twitter

CYBERJAYA- Peguam dan aktivis, Siti Kasim meminta maaf kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Permohonan maaf itu dibuat di laman Twitternya susulan dakwaan aktivis berkenaan yang mengatakan Idris memakai jam tangan mewah berjenama Rolex.

“Mintak maaf Ustaz sebab saya memang salah,” katanya di Twitternya.

Sebelum ini, Idris menafikan beliau memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex.

Idris berkata, jam yang dipakai beliau itu sebenarnya adalah jenama Buruj yang telah lama dipakainya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” ujar beliau menerusi hantaran di Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

Idris berkata demikian sebagai mengulas Siti Kasim yang mendakwa menteri berkenaan menggunakan jam tangan Rolex.

Menerusi tangkap layar daripada Twitter Siti Kasim, aktivitis itu meminta pengikut laman sosialnya memeriksa jam tangan Rolex dipakai Idris.

Ia membabitkan satu gambar memaparkan menteri agama itu menadah tangan berdoa dan menampakkan jam tangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here