Jatuh longkang: Mayat kanak-kanak ditemukan pagi ini

0
244
Gambar media sosial

SHAH ALAM- Mayat kanak-kanak mangsa lemas yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom dekat sini semalam ditemukan pagi ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata mangsa Siti Aishah Supardi, 8, ditemui orang kampung di dasar longkang pada pukul 8.42 pagi.

“Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 15 meter dari lokasi dia terjatuh semalam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mangsa sebelum ini dilaporkan dikhuatiri hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang pada 6.18 petang semalam.

Berikutan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here