Jepun tarik balik edaran vaksin Moderna berikutan insiden pencemaran

0
56

TOKYO – Lebih 1.6 juta dos vaksin Moderna ditarik balik edarannya berikutan ‘pencemaran bahan asing’.

Perkara itu diumumkan oleh pembuat vaksin berkenaan dan pengedarnya di Jepun, Takeda hari ini, kata Bernama.

Kementerian Kesihatan Jepun pada minggu lepas berkata, mereka menemukan bebuli vaksin Moderna yang belum digunakan telah tercemar, dengan beberapa daripadanya turut mengandungi ‘bahan asing’.

Berikutan itu, pihak kementerian membuat keputusan serta-merta untuk menghentikan pengedaran 1.6 juta dos vaksin itu.

Difahamkan, kesemua dos vaksin itu dikilangkan di Sepanyol.

Kata Takeda dalam satu kenyataan berasingan, sebagai langkah keselamatan, semua dos yang dihasilkan di Sepanyol itu, digantung edarannya di Jepun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here